fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM31.45 bilion daripada RM32.45 bilion pada sebelah pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM18.62 bilion daripada RM19.05 bilion.

Hari ini, bank pusat menawarkan satu tender Bil-bil Islam Antara Bank Bank Negara.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.6 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal berada pada 3.00 peratus pada 9 Mei.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM