KUALA LUMPUR, 10 Mei- CIMB Securities Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Investment Bank Bhd, menyasarkan pertumbuhan digit tunggal tinggi dalam ruang pembrokeran saham menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ruzi Rani Ajith berkata sejak penubuhannya pada Februari 2024, pihaknya berjaya memuktamadkan beberapa urus niaga blok yang besar dan penempatan sekunder yang bernilai hampir RM6.3 bilion.
"Mulai awal Januari dengan satu peratus syer pasaran, kami meningkat hingga kira-kira 5.5 peratus dalam masa tiga bulan dan ini diikuti dengan pergerakan agresif.
"Kami juga tidak bekerja sendirian tetapi kami sebahagian daripada keseluruhan perniagaan francais borong menerusi pendekatan satu bank,"katanya.
Beliau yang bercakap dalam sidang media selepas Pelancaran CIMB Sekurities turut memberitahu, pihaknya akan memfokuskan dahulu dipasaran borong, kemudian akan diikuti dengan runcit dan kekayaan.
Syarikat kewangan itu turut akan melabur dalam bidang teknologi dan bekerjasama rakan kongsi globalnya dalam memperluaskan perniagaan dan kebolehcapaian pasaran antarabangsa.