fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM27.71 bilion daripada RM28.96 bilion pada sebelah pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM17.62 bilion daripada RM14.44 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi bercagar Murabahah bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM27.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM17.60 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

BNM menyemak tender semalaman Murabahah kepada RM17.6 bilion daripada RM14.4 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 April. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI