fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 26 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada pukul 9.49 pagi, kontrak bulan semasa April 2024 dan September 2024, masing-masing menambah 6.0 mata kepada 1,571.5 dan 1,563.5, Mei 2024 naik 7.0 mata kepada 1,576.5 dan Jun 2024 meningkat 5.0 mata kepada 1,575.0.

Jumlah dagangan sebanyak 15,958 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 78,854 kontrak.

Pada pukul 9.54 pagi, FBM KLCI naik 3.48 mata kepada 1,572.73 daripada 1,569.25 pada Khamis. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA