fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM34.84 bilion berbanding RM38.12 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM18.85 bilion daripada RM18.36 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dan satu tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM18.4 bilion kepada RM18.8 bilion sebelum ini.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.8 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 5 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA