fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu yang baru berakhir ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini berkurangan kepada RM30.44 bilion daripada RM37.81 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM27.44 bilion daripada RM29.09 bilion sebelumnya.

Pada 11 Januari, kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF