fb fb fb fb fb

Jualan Proton meningkat 17.1 peratus

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei- PROTON merekodkan pertumbuhan jualan 17.1 peratus bagi April 2024 dengan 11,025 unit kenderaan terjual berbanding 9,415 unit pada April tahun lalu.

Ini menjadikan jualan bagi empat bulan pertama tahun ini berjumlah 50,175 unit, mengatasi angka 49,702 unit, bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah Keseluruhan Industri; TIV bagi pasaran automotif pula meningkat kepada 59,100 unit untuk tempoh sama, dengan jumlah kumulatif 261,345 unit tahun ini.

Tahun ini, pegangan pasaran pengeluar kereta nasional itu dianggarkan pada 19.2%, kekal pada kedudukan kedua dalam senarai jualan automotif negara.

Bagaimanapun, penurunan dalam jualan automotif bagi April, menyaksikan TIV susut 16.8% berbanding Mac
2024.

Ia berikutan tempoh cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri, yang menyebabkan operasi Pengeluar Peralatan Asal; OEM; pengedar dan pengusaha dalam ekosistem automotif tempatan lain tidak beroperasi.

Namun, permintaan masih kekal, diperkukuhkan usaha berterusan dalam penambahbaikan kualiti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE