KUALA LUMPUR, 19 Mei- Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024.
Pertumbuhan itu juga dijangka perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025 hingga 2026.
Menurut laporan APEC Regional Trends Analysis, unjuran pertumbuhan ekonomi yang sederhana itu mencerminkan keadaan yang tidak menentu akibat daripada perlindungan perdagangan, tekanan inflasi yang berterusan dan ketegangan geopolitik.
Para pelabur melindung nilai terhadap peningkatan ketidaktentuan global dengan mendapatkan lebih banyak emas, seperti yang dicerminkan menerusi lonjakan harga emas sebanyak 17 peratus.
Selain itu, paras hutang yang tinggi terus membimbangkan dengan nisbah hutang kasar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kerajaan-kerajaan melonjak semasa pandemik.
Di sebalik cabaran tersebut, wujud potensi peningkatan yang besar didorong oleh pemulihan semula penggunaan, peningkatan pelaburan, aktiviti pelancongan yang rancak semula dan jangkaan lantunan semula perdagangan.