fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM30.51 bilion berbanding RM32.21 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM17.28 bilion daripada RM17.53 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan mengumumkan ketersediaan perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM30.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.3 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Setakat 3 Mei, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF