fb fb fb fb fb

Institusi tempatan sokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-14

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, dengan mencatatkan belian bersih berjumlah RM551.6 juta.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pelabur runcit tempatan turut meneruskan trend belian walaupun dalam jumlah lebih kecil sebanyak RM149.9 juta.

Laporan Aliran Dananya bagi minggu berakhir 24 Januari memaklumkan, purata jumlah dagangan harian merosot merentasi semua kategori pelabur secara keseluruhan minggu lepas. 

Pelabur asing meneruskan penjualan bersih ekuiti di bursa tempatan sebanyak RM701.4 juta, susut sedikit berbanding RM1.33 bilion minggu sebelumnya.  

Tiga sektor utama dengan aliran masuk asing bersih ialah perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media dan amanah pelaburan hartanah.

Sebaliknya utiliti, pembinaan dan hartanah merupakan tiga sektor yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE