fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.84 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM2 bilion untuk 31 hari.

Ia akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam terdiri daripada tender bernilai RM250 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.1 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE