PUTRAJAYA , 22 Mei- Inflasi Malaysia pada April mencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.4 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan hari ini, indeks harga pengguna naik kepada 134.3 mata daripada 132.4 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.
Kenaikan didorong oleh peningkatan bagi kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan.
"Pendidikan meningkat 2.3 peratus (Mac 2025: 2.2 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain naik 2.0 peratus (Mac 2025: 1.9 peratus)," katanya.
Kelantan dan Putrajaya mencatatkan kenaikan inflasi terendah pada 0.5 peratus.
Manakala empat negeri mencatatkan kenaikan melebihi tahap inflasi negara, iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka .
Inflasi keseluruhan secara bulanan meningkat 0.1 peratus pada April 2025 berbanding Mac 2025.
Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam dan Indonesia. #