fb fb fb fb fb

Industri semikonduktor, 60 peratus optimis terhadap prestasi perniagaan

Sebanyak 60 peratus syarikat berkaitan semikonduktor di Malaysia optimis terhadap prestasi perniagaan bagi suku ketiga tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Sebanyak 60 peratus syarikat berkaitan semikonduktor di Malaysia optimis terhadap prestasi perniagaan bagi suku ketiga tahun ini.

Keyakinan itu didorong oleh permintaan untuk barangan elektronik pengguna, automotif dan kecerdasan buatan (AI).

Berdasarkan Hasil Tinjauan Suku Kedua, Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), 58 peratus daripada syarikat dikaji, mempunyai prospek pelaburan positif untuk suku ketiga.

85 peratus daripada syarikat terlibat, giat menggaji jurutera dan juruteknik, untuk suku ketiga.

Sementara itu, 39 peratus syarikat melaporkan prestasi perniagaan lebih baik pada suku kedua, sekali gus, menunjukkan sentimen industri yang positif.

Bagaimanapun, kekurangan bakat dan persaingan pasaran disenaraikan sebagai cabaran utama.

Secara keseluruhan, 72 peratus daripadanya optimistik terhadap sentimen perniagaan untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut MSIA, sektor semikonduktor negara dengan tenaga kerja lebih 600,000 orang, mencatatkan eksport berjumlah RM575 bilion.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN