KUALA LUMPUR, 1 Mac - Industri kayu dan industri produk berasaskan kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan akan memastikan eksport perabot kayu yang keluar daripada negara menepati piawaian global.
"Ini terutamanya dari segi penggunaan kayu-kayu, kita akan pastikan pensijilan yang betul, kita tidak terlibat dengan penebangan hutan dan juga hal-hal yang berkaitan dan 50 peratus daripada produk perabot ini kita eksport ke AS," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2024, di sini.
Sejak dua tahun lalu, prestasi industri tersebut menyusut dan kerajaan terus komited untuk meningkatkan pertumbuhannya.