fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, sokongan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM22.23 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.71 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik bernilai RM3.0 bilion sehari, RM3.2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.7 bilion bagi 30 hari serta satu repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM50 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM30.1 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM22.9 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM