fb fb fb fb fb

Hubungan ekonomi kukuh dengan China beri kelebihan kepada Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics, Tan Teng Boo

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Hubungan ekonomi kukuh dengan China berupaya menampan risiko dan memberi kelebihan kepada Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics, Tan Teng Boo yakin, Malaysia berada di kedudukan baik untuk meraih manfaat dan mencatat pertumbuhan, sekiranya Amerika Syarikat berdepan kemelesetan.

Jelasnya, eksport semikonduktor tempatan juga tidak akan terjejas, malah membuka peluang untuk beralih dan menumpukan kepada pasaran negara tembok besar itu.

"Syarikat ini bernama ASE, syarikat semikonduktor. Ia sama dengan Unisem dan MPI. Mereka sudah lama berkembang di Pulau Pinang. Jadi kita ada sumber lain,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media Capital Dynamic berkenaan situasi semasa ekonomi.

Ketika ini, 70 peratus daripada eksport negara tertumpu di pasaran Asia.

Manakala, baki 14 peratus meliputi pasaran Amerika dan 9.4 peratus ke Eropah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE