fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.22 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM19.28 bilion.

Bank pusat itu akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama 31 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta selama 94 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.6 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI