fb fb fb fb fb

Harga emas dijangka terus meningkat, kekal tinggi

Harga emas dijangka terus meningkat dalam jangka panjang susulan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Harga emas dijangka terus meningkat dan kekal tinggi dalam jangka panjang, didorong oleh persekitaran global yang tidak menentu.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, konflik geopolitik di Asia Barat dan Rusia-Ukraine meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat.

“Harga emas akan terus naik. Emas adalah komoditi terhad, berbeza dengan wang kertas yang boleh dicetak tanpa had. Pengeluaran emas hanya sekitar 1,500 tan setahun,” katanya.

Menurutnya, penyimpanan emas kini dilihat sebagai langkah wajar untuk melindungi nilai dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, termasuk menghadapi inflasi.

Trend terkini juga menunjukkan bank-bank pusat global meningkatkan rizab emas bagi melindungi nilai mata wang masing-masing.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN