fb fb fb fb fb

Getah dijangka didagangkan dalam julat kecil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Pasaran getah dijangka mengalami dagangan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat.

Ini didorong jangkaan pengeluaran komoditi yang lebih rendah berikutan hujan berterusan di wilayah pengeluaran getah.

Bekas Presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low memaklumkan keadaan cuaca itu berkemungkinan besar akan menyebabkan
penyakit daun disebabkan kulat yang sangat lazim dalam keadaan lembap dan basah.

Prospek ekonomi global juga tidak jelas kerana ekonomi berusaha untuk mengatasi kadar penghantaran yang mahal dan dolar Amerika Syarikat yang kukuh.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, pasaran getah tempatan mengalami dagangan bercampur-campur, dipengaruhi oleh pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan prestasi ringgit berbanding dolar Amerika.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE