fb fb fb fb fb

Banjir: Maxis sediakan bantuan WiFi percuma kepada penduduk terjejas

FOTO MAXIS

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Syarikat telekomunikasi gergasi negara, Maxis telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma di lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) merentasi lima negeri sepanjang tahun lepas.

Terbaharu di PPS Terengganu bagi membolehkan keluarga yang terkesan serta petugas kecemasan mendapat sambungan Internet ketika banjir.

Melalui satu kenyataan, Maxis memaklumkan pihaknya komited untuk menyokong mobilisasi perkhidmatan kecemasan yang efektif di kawasan terjejas dan membolehkan orang ramai untuk terus berhubung.

Selain itu, syarikat komunikasi itu akan terus membantu komuniti yang terkesan akibat banjir dengan usaha yang pelbagai.

Ini merangkumi kesediaan infrastruktur rangkaian, langkah respons banjir dan bantuan asas. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE