fb fb fb fb fb

Ekonomi digital, PIKOM harap tenaga kerja tempatan diperkasa

DAMANSARA, 12 Oktober- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) berharap kerajaan terus memberi tumpuan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran tenaga kerja tempatan khususnya dalam bidang ekonomi digital.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan PIKOM, Woon Tai Hai berkata usaha itu perlu bagi merapatkan jurang pengetahuan antara pekerja baharu dan berpengalaman.

Tenaga pekerja perlu seiring dengan perkembangan teknologi pesat bagi mencapai sasaran global.

"Kalau kita lihat kepada kajian kita, ia mempunyai jurang yang besar iaitu tiga kali ganda antara pekerja baharu dan yang berpengalaman.

Salah satu faktor adalah infrastruktur tempatan yang tidak setanding pasaran global," kata Tai Hai dalam sesi Ramalan Pasaran dan Ekonomi PIKOM 2023/2024, di sini.

Ekonomi Digital Malaysia dilihat berada pada momentum kukuh, diunjur menyumbang 24.4 peratus dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahun ini.


(Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan PIKOM, Woon Tai Hai ditemui pemberita dalam satu sesi
Ramalan Pasaran dan Ekonomi PIKOM 2023/2024 di Damansara)

Media Baharu