fb fb fb fb fb

Ekonomi digital diunjur sumbang 25% kepada KDNK akhir 2025

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 28 September - Ekonomi digital negara mampu mencapai atau melebihi sasaran sumbangan lebih 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menzahirkan keyakinan itu kerana dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS belakangan ini.

"Situasi ini telah menyumbang kepada prospek positif ekonomi Malaysia sekali gus menarik dan meningkatkan aliran masuk dana pelaburan," jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala dan Malam Anugerah Persatuan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM), malam tadi.

Justeru katanya, peralihan daripada agenda pusat hubungan, kepada pengalaman pelanggan menerusi pendigitalan dan inovasi sangat diperlukan dan CCAM memainkan peranan besar dalam meningkatkan ekonomi digital Malaysia.

"Selaras itu, Kementerian Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan terus membantu CCAM dan anggotanya dalam meningkatkan agenda pengalaman pelanggan," ujarnya.

Trainee2