fb fb fb fb fb

Dasar Gaji Progresif, bantu syarikat naik gaji secara sukarela melalui insentif

Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Zunika Mohamed

PETALING JAYA, 9 Mei- Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif penting, bagi membolehkan pemberian insentif kepada syarikat untuk menaikkan gaji secara sukarela.

Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Zunika Mohamed berkata usaha menjadikan pasaran tenaga kerja lebih menarik dan menguntungkan antara perkara struktur yang mencabar dalam ekonomi Malaysia.

Katanya, kementerian terus berusaha mengurangkan jurang dalam pasaran tenaga kerja tempatan untuk meminimumkan kesan pemampatan gaji.

"Itulah sebabnya inisiatif seperti akademi dalam industri dan hubungan kerjasama adalah penting untuk meningkatkan tenaga kerja kita."

"Selain itu, memastikan ada kesesuaian yang mencukupi untuk permintaan PKS kita," kata Datuk Dr. Zunika dalam ucaptama Forum Ekonomi Kebangsaan 2024, hari ini.

Beliau optimis tumpuan terhadap Pelan Tindakan KL20 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) juga mampu mengurangkan jurang dalam pasaran tenaga kerja.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM