fb fb fb fb fb

Caruman sukarela KWSP melonjak 55 peratus separuh pertama 2025

Foto fail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Jumlah caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 55 peratus kepada RM11.68 bilion pada separuh pertama 2025, berbanding RM7.55 bilion tahun sebelumnya.

Menurut KWSP, untuk enam bulan pertama tahun ini, bilangan ahli formal yang mencarum melebihi kadar berkanun ialah seramai 34,442, berbanding 19,591 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Bagi beberapa bulan akan datang, KWSP akan mempertingkatkan libat urus dengan majikan dan pihak berkepentingan untuk memastikan pelaksanaan caruman mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia berjalan lancar.

Dasar ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh perlindungan sosial dan memupuk kesaksamaan dalam pasaran tenaga kerja," menurut KWSP dalam.

KWSP kekal komited untuk memastikan pematuhan sepenuhnya apabila peluasan berkenaan berkuat kuasa bermula pada bulan caruman November 2025.

Sementara itu, sebanyak 286,194 ahli baharu berdaftar dengan KWSP sepanjang separuh pertama tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan ahli kepada 16.4 juta orang.

"Daripada jumlah ini, 8.98 juta adalah ahli aktif, mewakili 51.5 peratus daripada 17.43 juta tenaga buruh setakat Jun 2025.

Pendaftaran majikan baharu mencapai 37,402, menjadikan jumlah keseluruhan majikan aktif berdaftar dengan KWSP meningkat kepada 619,662 setakat Jun 2025," menurut kenyataan itu lagi.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN