fb fb fb fb fb

BNM dijangka kekalkan OPR

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus, dalam mesyuarat dasar monetarinya Khamis ini.

Menurut Standard Chartered Bank Singapore Ltd, pihaknya bagaimanapun, akan terus memantau rapat sebarang perubahan terhadap prospek inflasi, susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, 10 Jun lalu.

Bank itu menganggarkan impak sederhana sebanyak 0.1 mata peratusan terhadap inflasi berdasarkan ciri pemotongan subsidi disasarkan.

Menerusi nota penyelidikan globalnya, Stanchart Singapura memaklumkan akan terus memerhati kesan selanjutnya, memandangkan terdapat kemungkinan rasionalisasi subsidi seterusnya.

Perubahan daripada segi penilaian BNM terhadap ringgit akan turut dipantau, selepas bank pusat itu Mei lalu menyatakan ringgit buat masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE