fb fb fb fb fb

Bank pusat akan jalankan dua tender pasaran wang konvensional, hari ini

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM53.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM39.41 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion setiap satu selama tujuh dan 14 hari, serta tiga tender Qard, terdiri daripada tender RM2.1 bilion untuk tujuh hari, RM700 juta (14 hari) dan tender RM200 juta (21 hari).

BNM turut menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM440 juta selama 90 hari dan RM100 juta bagi jangka masa 182 hari.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

(FOTO HIASAN)

Pada 4.00 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM50.7 bilion dan RM35.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

Media Baharu