fb fb fb fb fb

Trafik penumpang udara diunjur berkembang antara 40-50 peratus – Mavcom

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Trafik penumpang udara Malaysia diunjur berkembang pada tahun 2023 antara 40 hingga 52 peratus tahun ke tahun, antara 74.6 juta dan 80.8 juta penumpang.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memaklumkan pertumbuhan itu akan didorong pemulihan pasaran utama secara berperingkat mulai suku keempat tahun ini.

(FOTO HIASAN)

"Pertumbuhan itu juga didorong oleh perancangan syarikat penerbangan tempatan, termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, AirAsia X, dan Batik Air untuk memulihkan kapasiti dan meningkatkan kekerapan, terutamanya ke destinasi-destinasi popular seperti Hong Kong, Jepun, Taiwan, Australia, dan Timur Tengah," kata Mavcom menerusi kenyataan.

Pada suku ketiga 2022, aliran penumpang telah mencecah 15.6-juta, rekod tertinggi sejak penularan COVID-19.

Secara keseluruhan, pemulihan trafik penumpang ke Malaysia didorong penyambungan semula dan pengenalan laluan baharu, selain kelonggaran sekatan perjalanan.

Media Baharu