fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM52.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM38.72 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender bernilai RM2 bilion selama lapan hari dan tender RM1 bilion untuk 15 hari, serta tiga tender Qard melibatkan dua tender bernilai RM200 juta, masing-masing untuk tempoh lapan hari dan 15 hari serta tender RM1.2 bilion selama 21 hari.

BNM turut menawarkan tender repo berbalik RM1.5 bilion berjangka masa 63 hari.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semua serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

(FOTO HIASAN)

Pada 4.00 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM50.0 bilion dan RM36.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

Media Baharu