KUALA LUMPUR, 20 Disember- Prospek aktiviti pelantar penggerudian, perkhidmatan telaga dan perkhidmatan dalam laut PETRONAS, kekal positif untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Berdasarkan Laporan Prospek Aktiviti bagi 2023-2025, syarikat minyak dan gas nasional turut menjangkakan, ketidaktentuan dalam pasaran tenaga akan berterusan.
(Foto fail)
Menurut Naib Presiden Perolehan Kumpulannya, Freida Amat, peserta industri bertindak balas dengan lebih pantas terhadap perubahan landskap tenaga.
Selain itu, penerapan inovasi serta penyelesaian baharu ke arah masa depan rendah karbon juga perlu dipergiat.
PETRONAS komited bekerjasama dengan rakan strategiknya seiring usaha industri mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan operasi.
Laporan tersebut turut mengetengahkan visi dan strategi Dasar Tenaga Negara 2022-2040 untuk menggalakkan penembusan tenaga boleh diperbaharui