fb fb fb fb fb

Penyambungan semula laluan tanda pemulihan sektor penerbangan

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Penyambungan semula laluan dan pengenalan destinasi baharu pada bulan November dan Disember menandakan pemulihan berterusan bagi sektor penerbangan di Malaysia.

Jelas Malaysia Airport Holdings Berhad, MAHB sektor penerbangan domestik menyaksikan dua syarikat penerbangan baharu dan penyambungan semula empat perkhidmatan laluan serta satu laluan antarabangsa baharu dalam tempoh tersebut.


(Foto fail)

Menerusi kenyataannya MAHB, 13,869 pergerakan pesawat direkodkan di KLIA pada November, meningkat 12 peratus dari bulan sebelumnya.

Pertambahan itu didorong antaranya pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah Spring Airlines dari China yang menawarkan laluan ke Nanning dan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Jeddah oleh AirAsia X.

Perkembangan positif berterusan pada Disember menerusi pengenalan MYAirline dan penyambungan laluan antarabangsa antaranya, laluan Hong Kong-Pulau Pinang oleh Cathay Pacific.

Secara keseluruhan kumpulan MAHB mencatat 7.84 juta pergerakan penumpang pada November.

Operasi lapangan terbang dalam negara merekodkan 5.17 juta aliran penumpang.

Manakala operasi kumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul pula mencatatkan 2.66 juta penumpang.

Media Baharu