fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah berikutan ringgit kukuh

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data inflasi terkini negara itu menunjukkan trend menurun, kata peniaga.

Beliau berkata dagangan juga lengang dalam keadaan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur.

“Walau bagaimanapun, penurunan seterusnya telah dikekang oleh pemulihan harga minyak mentah, pengeluaran getah asli tempatan yang berkurangan selain keyakinan bahawa kenaikan kadar faedah AS adalah lebih kecil,” katanya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran getah asli tempatan turun 3.6% kepada 29,451 tan pada Januari 2023 daripada 30,556 tan pada Disember 2022.

Pengeluaran getah asli susut sebanyak 39.3%pada Januari 2023 daripada 48,546 tan yang dicatatkan pada bulan yang sama 2022.

Sementara itu, harga minyak mentah meningkat pada Rabu apabila penurunan harga kepada paras terendah dalam tempoh tiga bulan semalam telah menarik pembelian semasa harga murah selain keyakinan terhadap permintaan dari China susulan data ekonomi yang kukuh dan peningkatan unjuran untuk negara ini oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (GMM) bagi Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 susut 1.5 sen kepada 588.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kurang 3.5 sen kepada 535 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga penutup oleh LGM bagi GMM 20 adalah 585.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 532.5 sen sekilogram. -BERNAMA

(Pasaran getah ditutup rendah berikutan ringgit kukuh berbanding dolar AS)

 

 

Media Baharu