fb fb fb fb fb

Artconomics: Dimensi baharu dalam dunia seni dan pelaburan

Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Seni dan Ekonomi (Artconomics) membawa dimensi baharu dalam dunia seni dan pelaburan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata seni bukan sahaja tentang budaya tetapi juga pemangkin untuk memacu ekonomi.

"Lihat seperti di Korea Selatan. Lihat ekonomi, lihat industri, industri seni dari k-pop hingga ke F&B. Datang dengan permulaan, dari kerja keras budaya mereka, budaya seni," kata Zafrul kepada pemberita ketika berada di pameran ARTCONOMICS, di ibu negara.

Idea projek 'seni dan ekonomi' yang diilhamkan oleh artikel Tengku Datuk Seri Zafrul ketika beliau menyandang jawatan Menteri Kewangan membuka peluang kepada Ali Nurazmal Yusoff menghasilkan 43 siri naskah lukisan cat minyak dalam pameran solo, hari ini .

Setiap naskah bagi karya seni lukis visual di Malaysia itu berharga RM5,000 sehingga mencecah RM300,000.

"Bukan satu industri yang besar. Namun, jika kita dengar ucapan tadi jumlah pelaburan terhadap industri seni itu sendiri boleh mencecah, bukan sahaja jutaan ringgit tetapi bilion ringgit, kalau di luar negara."

"Dari segi sejarah seni-seni moden Malaysia, kita sudah memasuki usia 90 tahun tapi saya rasa kita masih dalam proses untuk mencapai seperti negara luar khususnya dalam bidang seni."

"Jadi, kita sebagai artis yang bekerja dalam dalam negara ini, secara kolektifnya kita berusaha untuk menaikkan nilai pendidikan untuk mengangkat seni Malaysia ke mata dunia," jelas Ali Nurazmal kepada media.

Dalam pada itu, MITI akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka ke luar negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerjasama itu boleh dilakukan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Eksport hasil karya bakat tempatan ke luar negara bukan sahaja untuk manfaat kewangan tetapi juga untuk perkenalkan budaya Malaysia kepada dunia.

Jelasnya, seni bukan sahaja mengenai budaya, yang sering sukar diukur, tetapi juga tentang bagaimana industri seni boleh memacu ekonomi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM