fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia diramal alami penurunan berterusan minggu depan

Bursa Malaysia diramal mengalami penurunan yang berterusan, minggu depan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Bursa Malaysia diramal mengalami penurunan yang berterusan, minggu depan.

Ini berikutan pelabur kekal berwaspada dengan menumpukan kepada sektor defensif dan mengelakkan pelaburan berisiko.

FBM KLCI dijangka bergelut untuk memburu momentum meningkat melainkan terdapat perkembangan positif yang tidak dijangkakan daripada data ekonomi global atau dalam negara.

Dalam pada itu, ringgit dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil pada paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu depan.

Isu utama yang mempengaruhi sentimen pasaran ialah Rizab Persekutuan sama ada mengurangkan kadar faedah atau membiarkannya kekal seperti sedia ada.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN