fb fb fb fb fb

Pengeluaran SAF diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) melonjak sebanyak tiga kali kepada 1.9 bilion liter pada tahun ini.

Jumlah itu menyumbang 0.53 peratus daripada keperluan bahan api penerbangan bagi tahun ini.

Melalui satu kenyataan, pihaknya memaklumkan penekanan terus diberikan untuk melonjakkan penggunaan SAF.

Katanya, kerajaan telah menetapkan jangkaan jelas bagi syarikat penerbangan mencapai pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak lima peratus menerusi penggunaan SAF menjelang 2030 dan seterusnya pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

IATA berkata pihaknya akan mewujudkan Pejabat Pendaftaran SAF untuk mempercepat penggunaan SAF.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE