BRASÍLIA, 29 Mei - Zoo di ibu negara Brazil ditutup kepada pengunjung pada Rabu susulan pengesanan kes disyaki maut akibat selesema burung melibatkan seekor burung merpati dan seekor itik liar.
Jabatan pertanian mengumumkan penutupan sementara itu dan akan dibuka sehingga diberitahu.
Burung yang mati tersebut adalah burung liar dan bukan sebahagian daripada haiwan peliharaan zoo, menurut jabatan itu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan pada manusia boleh menyebabkan penyakit teruk dengan kadar kematian yang tinggi, namun risiko jangkitan kepada manusia adalah rendah.
Kes jangkitan terhadap manusia yang dikesan setakat ini kebanyakannya melibatkan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan burung dan haiwan lain yang dijangkiti, atau berada dalam persekitaran tercemar.
Brazil, pengeksport utama daging ayam di dunia, telah menghentikan penghantaran ke 24 buah negara termasuk China, selepas dilaporkan wabak selesema burung di sebuah ladang di negeri Rio Grande do Sul pada 16 Mei lalu. - AFP