fb fb fb fb fb

Yoon Suk Yeol didakwa lagi

Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol / REUTERS

SEOUL, 19 Julai – Bekas Presiden Korea Selatan yang kini dipenjarakan, Yoon Suk Yeol, didakwa dengan beberapa pertuduhan baharu pada Sabtu susulan siasatan berterusan oleh pendakwa khas berhubung pengisytiharannya terhadap undang-undang tentera (martial law) yang singkat pada Disember lalu.

Menurut pejabat pendakwa khas, pertuduhan terkini termasuk menyalahgunakan kuasa sehingga menghalang hak individu lain, mengarahkan pemadaman rekod rasmi serta menghalang pelaksanaan waran tangkap.

Yoon kini sedang dibicarakan atas tuduhan melakukan pemberontakan; satu kesalahan berat yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. Pendakwa khas yang dilantik sejak Jun lalu telah mengambil alih kes dan mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap beliau.

Yoon, yang sebelum ini dipecat dan dilucutkan jawatan, menafikan sebarang salah laku. Peguam yang mewakilinya belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkembangan terbaharu itu.

Bekas pemimpin itu telah ditahan di Pusat Tahanan Seoul sejak awal bulan ini, dan mahkamah pada awal minggu ini turut menolak permohonannya untuk dibebaskan daripada tahanan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE