fb fb fb fb fb

Waran tangkap Morales masih berkuat kuasa

Evo Morales/Foto Reuters

LA PAZ, 3 Mei - Waran tangkap bekas presiden Evo Morales atas pertuduhan pemerdagangan manusia masih berkuat kuasa, walaupun seorang hakim sebelum ini dilaporkan membatalkan waran tersebut.

Menteri Kehakiman Bolivia Cesar Siles isu berkaitan waran itu timbul ketika Morales merancang untuk melancarkan pencalonannya secara rasmi bagi penggal keempat meskipun beliau telah diharamkan daripada bertanding semula.

Katanya waran yang dikeluarkan pada Oktober lalu masih sah, meskipun terdapat perintah pembatalan oleh seorang hakim awal minggu ini.

Menurut Siles, semua elemen kes tersebut termasuk “prosedur, pertuduhan dan bidang kuasa” kekal tidak berubah dan masih berkuat kuasa.

Morales dikehendaki sejak Oktober selepas pihak pendakwaan mengeluarkan waran tangkap berhubung dakwaan hubungan seksualnya dengan seorang gadis berusia 15 tahun pada 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Siles menyifatkan keputusan hakim membatalkan waran sebagai “tidak masuk akal” dan berkata ia digantung kerana isu-isu yang belum diselesaikan.

Morales, 65, menafikan semua tuduhan tersebut.

Beliau menuduh bekas sekutu yang kini menjadi seterunya, Presiden Luis Arce, menyalahgunakan sistem kehakiman untuk menghalangnya kembali berkuasa. - AFP

TETITIA YUSOFF