fb fb fb fb fb

Dua wanita cedera dalam insiden tembakan di Inglewood

Foto hiasan/Reuters

LOS ANGELES, 3 Mei - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan mencederakan dua wanita, di kampus sebuah kolej swasta berhampiran Los Angeles.

Kejadian berlaku pada petang Jumaat, menurut pihak berkuasa.

Datuk Bandar Inglewood, James Butts, memberitahu media bahawa salah seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi dilaporkan stabil.

Insiden berlaku di kampus Spartan College di Inglewood, sebuah kolej swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang aeronautik.

Menurut Butts, suspek mungkin merupakan bekas kakitangan kolej tersebut.

Stesen televisyen tempatan KTLA melaporkan bahawa suspek memakai pakaian menyerupai seragam pengawal keselamatan dan telah ditahan pihak polis.

Kampus sekolah tersebut telah dikawal sepenuhnya dan tiada mangsa lain dilaporkan. - AFP

TETITIA YUSOFF