fb fb fb fb fb

Vendor makanan laut Beijing bimbang pelepasan air Fukushima

BEIJING, 24 Ogos- Penjual di pasar makanan laut utama di ibu negara China, Beijing meluahkan kebimbangan mengenai kesan pelepasan air terawat Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Beberapa vendor di pasar makanan laut Jingshen berkata mereka "bimbang" berkenaan kesan pelepasan air terawat terhadap industri itu. Seorang pekerja di kedai import makanan laut beku berkata, perniagaannya mungkin terpaksa mencari pengganti produk makanan laut Jepun dalam masa terdekat.

"Kami akan cuba mengelak daripada mengimport bahan mentah ini untuk Jepun. Kami mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan bahan-bahan dari Rusia bagi mencari pengganti. Kami mungkin memboikot (produk Jepun) secara tegas pada masa depan," kata Cao.

Kementerian Luar China mengkritik keputusan Jepun untuk melepaskan air terawat, dan berjanji untuk mengambil "langkah berjaga-jaga" untuk melindungi kesihatan awam dan keselamatan makanan negara itu.

Sebagai pengimport terbesar makanan laut Jepun di dunia, China telah pun mengharamkan import dari beberapa wilayah Jepun.- REUTERS

(Penjual di gerai ikan dan makanan laut, di pasar makanan laut di Beijing/REUTERS)

Media Baharu