fb fb fb fb fb

UNIFIL bimbang serangan maut di Lubnan

Kenderaan perisai UNIFIL di Sidon, selatan Lubnan/AFP

BEIRUT, 26 November- Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) melahirkan kebimbangan mengenai serangan maut ke atas tentera, meskipun pasukan itu tidak terlibat dalam konflik antara Hizbullah dan Israel.

"UNIFIL amat prihatin dengan banyak serangan ke atas Angkatan Bersenjata Lubnan (LAF) di wilayah Lubnan," kata UNIFIL menerusi satu kenyataan.

Angkatan Bersenjata Lubnan melaporkan 19 anggotanya terbunuh semasa menjalankan tugas aktif.

Menurut UNIFIL, peranan tentera kekal penting untuk pelaksanaan penuh Resolusi 1701 (2006) bagi menamatkan keganasan berterusan antara pejuang Hizbullah dengan Israel.

Resolusi 1701 menamatkan perang terakhir Hizbullah-Israel pada 2006 dan menyatakan bahawa tentera Lubnan dan pasukan UNIFIL harus menjadi satu-satunya angkatan bersenjata di selatan negara itu, Hizbullah memegang tampuk pemerintahan.

Ia juga menyeru agar Israel mengundurkan tentera dari Lubnan dan menjadi asas bagi rundingan gencatan senjata yang berterusan.

UNIFIL, yang kini mempunyai lebih 9,300 tentera ditempatkan di selatan Lubnan sejak 1978 dan ditugaskan untuk memantau "Blue Line" persempadanan semula dengan Israel.

"Kami tetap sangat cemas dengan ketegangan permusuhan dan kemusnahan yang meluas serta kehilangan nyawa merentasi Blue Line," kata UNIFIL, selain menggesa pihak terlibat untuk menangani perkara itu menerusi rundingan dan bukan melalui keganasan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN