fb fb fb fb fb

Ukraine terus dibedil bom Rusia

KHARKIV, 12 Mac- Rusia dan Ukraine terus bergolak.

Ketika ini tentera Rusia dilapor semakin menghampiri Kiev malah di daerah lain menyaksikan beberapa siri serangan telah dilancarkan termasuk mengebom sebuah institut di bandar Kharkiv, Ukraine.

Perkara tersebut dimaklumkan pegawai kanan negara Ukraine.

Insitut tersebut didakwa menempatkan reaktor nuklear eksperimen dan serangan yang dilakukan Rusia turut menyebabkan sebuah asrama berdekatan terbakar.


(FOTO REUTERS)

Menurut Penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Anton Gerashchenko, institut Fizik dan Teknologi itu mempunyai sumber radiasi yang digunakan untuk tujuan saintifik.

Media tempatan turut melaporkan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi itu.

Ketika ini pertempuran dilaporkan masih lagi berlaku di kawasan berhampiran institut tersebut.

Media Baharu