fb fb fb fb fb

Ukraine serang pangkalan tentera udara Rusia

Foto Fail: REUTERS

MOSCOW, 10 Oktober- Drone Ukraine menyerang pangkalan udara tentera Rusia di Khanskaya di wilayah selatan Republik Adygeya pagi ini, lapor akhbar Rusia, Mash.

Ia merupakan serangan dron jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) yang telah dijatuhkan berhampiran pangkalan udara.

Secara berasingan, ketua wilayah Murat Kumpilov berkata dalam aplikasi Telegram berkata bahawa penduduk kampung Rodnikovy di kawasan yang sama dipindahkan akibat kebakaran selepas serangan dron itu.

Beliau berkata serangan itu menyasarkan pinggir bandar Maykop - di mana pangkalan udara itu terletak - dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Secara berasingan, agensi berita RIA memetik kementerian pertahanan Rusia berkata bahawa sebanyak 47 dron telah ditembak semalaman di wilayah Kuban yang lebih luas, termasuk di Adygeya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI