fb fb fb fb fb

Ukraine-Rusia meterai perjanjian, tangani krisis makanan global

(Guterres dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bercakap selepas majlis
menandatangani perjanjian mengenai penghantaran bijirin dari pelabuhan Ukraine, di Istanbul/AFP)

ISTANBUL, 23 Julai- Ukraine dan Rusia menandatangani perjanjian bersama Turkiye dan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi meredakan krisis makanan global yang disebabkan sekatan penghantaran bijirin menerusi Laut Hitam.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Istana Dolmabahce Istanbul, Selat Bosphorus.

Bagaimanapun majlis tertangguh selama lebih setengah jam, berikutan pertikaian mengenai paparan bendera di sekeliling meja dan keengganan Ukraine meletakkan namanya pada dokumen yang sama dengan Rusia.

Kedua-dua pihak akhirnya menandatangani perjanjian secara berasingan dengan kehadiran Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.


(Dari kiri: Menteri Infrastruktur Ukraine Oleksandr Kubrakov, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan
dan Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar di majlis menandatangani perjanjian mengenai penghantaran bijirin/AFP)

"Hari ini, ada harapan, kemungkinan, dan kelegaan," kata Guterres beberapa ketika sebelum pihak Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian secara berasingan itu.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, pemain utama dalam rundingan yang mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pihak Moscow dan Kiev berkata perjanjian itu "semoga menghidupkan semula jalan menuju keamanan".

Bagaimanapun, Ukraine semasa memasuki majlis itu dengan terus terang memberi amaran bahawa ia akan melakukan tindak balas ketenteraan segera, sekiranya Rusia melanggar perjanjian itu dan menyerang kapalnya atau melancarkan pencerobohan di sekitar pelabuhannya.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kemudian berkata tanggungjawab untuk menguatkuasakan perjanjian itu merupakan tanggungjawab PBB.-AFP

Media Baharu