fb fb fb fb fb

Kes pertama Polio dikesan di pinggir New York

NEW YORK, 23 Julai - Kes pertama polio di kesan di Rockland County, New York dalam tempoh 10 tahun.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan New York pada Khamis.

Menurut Pesuruhjaya Kesihatan Rockland County, Patricia Schnabel Ruppert, pihaknya sedang memantau rapat situasi itu dan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan New York dan Pusat kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk menangani isu kesihatan awam demi kesejahteraan penduduk.

Menurut CDC, tiada kes polio berasal dari Amerika Syarikat sejak 1979.

Bagaimanapun virus itu dibawa masuk ke negara itu oleh pelawat yang dijangkiti polio.

Kali terakhir penyakit itu dikesan adalah pada 2013, apabila seorang bayi berusia 7-bulan berhijrah ke Amerika Syarikat dari India dan didapati menghidap polio di hospital San Antonio, Texas.

Gejala polio termasuk gejala seperti selesema seperti sakit tekak, demam serta keletihan.

Polio menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan lumpuh dalam tempoh beberapa jam.

Ia tidak boleh diubati, namun jangkitan boleh dicegah menerusi vaksinasi.

Pengurangan dramatik kes di seluruh dunia dalam beberapa dekad kebelakangan ini disebabkan oleh kempen imunisasi kebangsaan dan serantau terhadap bayi dan kanak-kanak. - AFP

Media Baharu