fb fb fb fb fb

EU bakal miliki pesawat pemadam kebakaran

BRUSSELS, 23 Julai - Kesatuan Eropah, EU meramalkan tahun yang sukar untuk kebakaran hutan dan sedang berbincang untuk membeli pesawat pemadam kebakaran.

Pesuruhjaya EU bagi Pengurusan Krisis Janez Lenarcic berkata pesawat berkenaan akan diguna bagi memerangi peningkatan risiko kebakaran hutan yang teruk seperti yang berlaku di Eropah Selatan.

Pesawat berkenaan akan dibeli secara teknikal oleh negara anggota tetapi akan dibiayai sepenuhnya oleh EU.

Pada masa ini, EU menyelaras dan membiayai penempatan 12 kapal terbang pemadam kebakaran dan sebuah helikopter yang dikumpulkan oleh negara EU.

Tetapi pada masa hadapan, EU merancang untuk mempunyai pesawat khusus sendiri.

EU telah menghantar pesawat pemadam kebakaran ke negara-negara termasuk Portugal, Perancis dan Slovenia bulan ini.

Ia juga menempatkan 200 anggota bomba dari negara Eropah di Greece untuk menyokong pasukan tempatan memadam kebakaran hutan. - REUTERS

Media Baharu