fb fb fb fb fb

Google disekat di Donetsk

MOSCOW, 23 Julai - Pihak berkuasa di timur Ukraine yang pro-Rusia telah menyekat aplikasi Google.

Syarikat gergasi Amerika Syarikat itu didakwa mempromosikan keganasan terhadap Moscow.

Pemimpin pemberontak, Denis Pushilin menerusi telegram memaklumkan, pihaknya memutuskan untuk menyekat aplikasi itu di wilayah Donetsk yang didakwa mempromosikan keganasan terhadap Rusia, khususnya penduduk Donbas.

Lugansk menyekat aplikasi yang sama pada Khamis.

Tindakan itu dilakukan selepas lima bulan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Pushilin menuduh Google bekerja secara terbuka atas arahan pengendalinya dalam kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau mendakwa Barat dan Ukraine mencipta tekanan terhadap keselamatan fizikal dan psikologi republik itu, bertujuan untuk memecahkan rakyatnya.

Justeru, pihaknya tidak boleh bertolak ansur lagi.

Donetsk dan Lugansk berpisah dari Kyiv pada 2014 sebelum perang lapan tahun dengan tentera Ukraine berlaku.

Manakala, semua maklumat dikawal ketat.

Tentera Rusia merampas kawalan terhadap Lugansk pada musim panas dan berhasrat menawan seluruh Donetsk.

Media Baharu