fb fb fb fb fb

Bersubahat bantu wartawan Israel curi masuk Mekah, warga tempatan ditahan polis

(Wartawan Israel Gil Tamary bergambar di Gunung Arafah/FOTO Twitter)

MEKAH, 23 Julai - Polis Mekah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat dalam membantu urusan seorang wartawan Warga Israel yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat memasuki tanah suci Mekah.

Wartawan itu, Gil Tamary dari Saluran 13 Israel, pada Isnin lalu menyiarkan video di Twitter menyelinap ke Mekah, yang mencetuskan kemarahan warga maya di Internet.

Warga tempatan itu akan didakwa atas tuduhan bersubahat membawa masuk wartawan ke kota suci itu.

Kes wartawan itu juga telah dirujuk kepada Pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Berita Channel 13 Israel menyiarkan laporan berdurasi 10 minit yang menunjukkan Tamary menaiki kereta melalui kawasan Masjidil Haram dan mendaki Jabal Rahmah.

(Tamary, ditemani seorang pemandu tempatan yang dikaburkan wajah untuk mengelakkan identitinya diketahui/FOTO Twitter)

Tamary kemudiannya, telah memohon maaf atas laporan berkenan dan berkata ia tidak berniat menyinggung perasaan masyarakat Islam.

Pihak polis Mekah menegaskan bahawa segala undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi perlu dihormati dan dipatuhi setiap pengunjung tanah suci, khususnya di Masjidil Haram di Mekah dan Madinah. - AFP

Media Baharu