(Foto hiasan/AFP)
THE HAGUE, 23 Julai- Mahkamah tertinggi PBB memutuskan semalam bahawa pertuduhan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap golongan minoriti Muslim Rohingya boleh diteruskan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague menolak semua bantahan Myanmar terhadap kes yang difailkan oleh negara Afrika barat Gambia pada 2019.
Keputusan itu memberi laluan kepada perbicaraan penuh di mahkamah berhubung dakwaan serabfab berdarah ke atas Rohingya pada 2017 oleh majoriti penganut Buddha Myanmar.
(Foto hiasan/AFP)
"Mahkamah mendapati ia mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbang permohonan yang difailkan oleh republik Gambia, dan permohonan itu boleh diterima," kata presiden ICJ Joan Donoghue.
Ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri semasa operasi lima tahun lalu, dan membawa bersama laporan pembunuhan ngeri, rogol dan pembakaran.
Kira-kira 850,000 Rohingya mendapatkan perlindungan di kem Bangladesh, manakala 600,000 lagi Rohingya kekal di wilayah Rakhine, Myanmar.
Menteri Kehakiman Gambian Dawda Jallow memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa dia "sangat gembira kerana mahkamah telah memberikan keadilan".
Berpuluh-puluh aktivis Rohingya mengadakan demonstrasi di luar mahkamah semasa penghakiman dibacakan.-AFP