fb fb fb fb fb

UK tetap longgarkan sekatan perjalanan

FOTO AFP

LONDON, 6 Januari - United Kingdom (UK) mengumumkan perubahan kepada peraturan perjalanan COVID-19
ke England, dengan membatalkan keperluan bagi pelawat untuk menjalani ujian praberlepas dan kuarantin ketika ketibaan sehingga mereka diuji negatif.

Peraturan baharu itu membolehkan individu yang tiba mengambil ujian menggunakan kit ujian dalam dua hari pertama selepas perjalanan dan bukannya ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang lebih mahal.

Jelas Perdana Menteri, Boris Johnson, sekatan perjalanan yang diperketatkan bulan lalu untuk membendung jangkitan, kini tidak lagi berkesan.

Menurutnya, Omicron begitu berleluasa dan langkah itu mempunyai kesan terhad ke atas pertambahan kes dan pada masa sama menyebabkan kos yang besar kepada industri pelancongan.

"Jadi, saya boleh mengumumkan bahawa di England mulai pukul 4 pagi Jumaat ini, kita akan membatalkan ujian pra-berlepas, yang tidak menggalakkan ramai orang daripada melakukan perjalanan. Kami juga akan menarik balik syarat untuk mengasingkan diri semasa ketibaan sehingga keputusan PCR negatif diterima, sebaliknya kembali kepada sistem yang ada pada Oktober tahun lepas, hanya mereka yang diuji positif hasil ujian kendiri perlu melakukan ujian PCR selanjutnya untuk membantu mengenalpasti sebarang varian baharu di sempadan" katanya kepada Ahli Parlimen.

Johnson, bagaimanapun mengumumkan, peraturan ujian bagi penduduk di England yang tidak bergejala akan dilonggarkan bagi membantu mengurangkan kesan buruk daripada rekod tahap jangkitan. - AFP

Media Baharu