fb fb fb fb fb

Trump sasar Biden dan DeSantis pada perhimpunan di Pennsylvania

AMERIKA SYARIKAT, 30 Julai - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyasarkan Presiden Joe Biden dan Gabenor Florida, Ron DeSantis semasa perhimpunan di Erie, Pennsylvania.

DeSantis dilihat sebagai ancaman besar kepada Trump pada awal tahun ini.

Dia enggan mengendahkan Trump pada majlis makan malam Hari Lincoln Republikan di Des Moines.

Pada majlis itu, DeSantis dan Trump serta 11 lagi calon Rumah Putih Republikan diberi masa 10 minit setiap seorang untuk berucap di hadapan 1,200 hadirin.

Jumlah undian Trump dalam persaingan pencalonan presiden Republikan terus meningkat. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu